Monday 19 December 2011

pujuklah hatiku

Biarlah...
Andai orang bertanya kisah
dan rahsia hidupmu,
Biarlah kau diam membisu..
Memberitahu kepada yang sudi..
Bukan pada yang tidak mengerti..
Biarlah... rahsia hati yang kau
semat rapi dalam kamus lamamu
tidak dibuka untuk sekali lagi..
Biarlah.. semoga luka lama
tidak berdarah lagi..
Semoga hatimu tidak kembali
parah..
Biarlah.. andai kisah-kisah lamamu sekadar
membutakan orang mencemuhmu,
menghinamu..jangan .. diamlah..
Diam.. Mengadu hanya kepada
Allah, kerana Dia penciptamu,
duhai HATI yang patah ...
Tidak perlulah kau bermegah dengan
rahsia lamamu.. andai rahsiamu
itu merupakan warna hitam yang terpalit
dalam hidupmu..
Biarlah.. tidak kira rahsia itu mampu
membuatkan orang lain memandang
cantek dirimu, namun..
andai rahsia itu mengundang pandangan
jelek di sisi-Nya.. Biarlah...


RAHSIA TETAP RAHSIA ..
izinkanku berpaling,
sahabat :)
jangan ada benci

No comments:

Post a Comment