Friday 28 October 2011

all is well . kem bahas ala ala mak chik bedah ....

      Membaca itu amat penting :)
kau taw x pasal gula stivia ???
tak ??? oh bagaimana kau boleh
ketinggalan??
naik hairan aku ..
sperti hairannya sifu aku a.k.a adik Din 
terhadap pasukannya !
MALU oh ....

                                           Aku belajar untuk terus berani sperti Nick , Farah Izzati,
                                                             Farah Wadhihah dan Inche Harmi
                                                                        and banyak lagi la
                                                             Saat beratur mengambil makanan
                                                                titisan mutiara galak menitis
                                                                   Ya Allah, terlalu banyak
                                                                     genta memoir yang telah
                                                                    ku simpan, tiba saat ku
                                                              mengetuknya, aku x sanggup!

                                                             Ukhuwah di bumi nikmat
                                                          sememangnya seindah syurga
                                                        Kem bahas ala parlimen ni merupakan
                                                        secebis memoir yang bagiku ....
                                                                      ianya cinta ...
Sweet Beach Resort
25-27 Oktober 2011

Friday 14 October 2011

Duhai Melayu ... anda sebenarnya bukanlah baka yang layu!

Pertama sekali sekalung perhargaan dan syukur ke hadrat tuhan yang memiliki sekalian alam..
Alhamdulillah..syukur ya Allah...
Hamba bersyukur kerana di sebalik kemalasan yang Engkau berikan
kepadaku, mata hatiku telah terbuka...
di sebalik kemalsan yang meminggirkan buku teks Sejarah
inilah yang membuatkan hamba terdetik untuk membaca komik Kembara Khazanah Mesir...
Waaah...komik yang membuatkan hamba tersedar yang ini juga merupakan aktiviti pembelajaran
yang ada kaitan dengan buku teks malah lebih membutangkan mata
jika dibandingkan dengan buku Sejararah yang melayukan mata hamba..
Tuan hamba sekalian...tidak cukup dengan komik ilmiah tersebut, hamba telah membaca
majalah  No.1 Malaysia..jeng jeng... terima kasih mama ~ *hamba pembaca setia Mastika*
ya, Mastika yang dikatakan lucah, ortodoks dan macam-macam lagi.
Naik hairan hamba... Jikalau begitulah ajarannya, mengapa setiap kali membacanya,
air mata keinsafan hamba akan mengalir? astaghfirullah..lantak apa orang nak kata.


Dalam 'keralitan' membaca, kelibat seseorang yang berpakaian ala-ala
Hang Tuah segak mencuri perhatian. Siapakah gerangan jejaka itu? Ayahanda hamba?
Bukaaaan! Dialah orang Melayu yang telah membuka mata Melayu hamba ini untuk
menyatakan yang hamba bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu.
banyak fakta-fakta yang hamba tidak ketahui tentang keturunan hamba.
Salah hambakah??? Tidak... malah lelaki tersebut juga tidak menyalahkan Melayu sekarang yang
tidak mengetahui tentang kehebatan nenek moyang kita.
Penjajah.."penjajah memang jahanam!!!!!!!!!!" "laknatullah !!!!"
hanya itu yang mampuku ucap tatkala mengatur langkah bersama semangat yang
berkobar-kobar menulis blog mati ini.
Sedarlah bahawa buku teks kita sememngnya terpesong. Kalau bukan 100% pun ,
memang ada perkara yang memang membuatkan hamba nak muntah !


Sedarlah bahawa, fakta mat saleh orang Barat keparat menjejakkan kaki mereka
bukan semata-mata ingin mengaut khazanah alam kita,
tapi sebalik itu juga, mereka telah membawa lari buku-buku sejarah Melayu dan membakarnya
Tidak hairan bukan jika kita selama ini seolah-olah samar dengan Sejarah kita sendiri!
salah satu fakta yang hebat ialah Melayu telah pandai mencipta meriam sebelum kedatangan penjajah lagi. Jadi apa yang dikhabarkan bahawa orang Melayu Melaka tewas disebabkan senjata yang 'boloks'
ah sememngnya tipu!!!
Meriam itu diletakkan di dalam mahligai istana Sultan Melaka dan apabila Melaka ditakluki (benci taip ayat ni) meriam itu dirampas dan dilarikan ke Goa, India. (masih ada sehingga kini) licik bukan as cunning as a fox ! TUIH ~ pegi mampos dengan bahasa antarabangsa diaorang, aku memang bangga dengan Bahasa Melayu yang pernah menjadi linguafranca ini, ya hamba bangga dengan Melayu yang telah menghubungkan hamba dengan agama suci Allah ini. Alhamdulillah. Buka mata bukalah minda yang berhormat sekalian ~ tak tumbuh tak melata tak sungguh hamba tak kata !